ShoutMix chat widget
Hide your ShoutBox

Santai Karnival Tahun 2013 !

Posted by Amir Aidid - -

Salam para pembaca ! 

Hari ini ame ingin war-warkan kepada anda mengenai dua pertandingan yang boleh dikira menarik . Sebelum itu izinkan ame bercerita sedikit sebanyak mengenai event ini . 

J'Ideas Management adalah sebuah syarikat pengurusan majlis yang menyediakan pelbagai perkhimatan pengurusan majlis dan sebagainya . Syarikat ini akan mengadakan satu karnival yang dipanggil Santai Karnival 2013 bertempat di Dataran Petaling Jaya pada 15 dan 16 Jun ini . 

Dataran Petaling Jaya , berhadapan dengan Amcorp Mall , Petaling Jaya 

Ame yakin ramai diantara para pembaca tahu dimana Dataran Petaling Jaya yang ame sebutkan . Dataran Petaling Jaya terletak berhampiran dengan Amcorp Mall dan Stesen LRT . Santai Karnival dua hari ini diharapkan dapat menarik kunjungan belia dan juga keluarga . Dengan itu pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena Santai Karnival ini . Antaranya ialah gerai-gerai jualan daripada para peniaga , pertandingan futsal , battle of the bands , pameran kereta Mini Copper dan sebagainya . Terlalu banyak untuk ame senaraikan disini . 

Pertandingan Futsal Santai Karnival 2013

Pertandingan Futsal Santai Karnival 2013 ini terbuka kepada belia berusia 16 hingga 30 yang memiliki kesihatan tubuh badan yang baik . Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pasukan yang bertanding . Antaranya ialah t-shirt penyertaan , goodie bags dan pelbagai lagi . 

Dengan yuran pendaftaran serendah RM 250.00 , anda dan pasukan anda mempunyai harapan untuk membawa pulang hadiah tempat pertama yang bernilai RM 2500.00 ! Berbaloi untuk anda sertai pertandingan ini ! 

Kepada siapa yang berminat untuk daftarkan pasukan anda dan bertanya dengan lebih lanjut mengenai pertandingan futsal ini , anda boleh lah berhubung terus dengan ame di talian 017 3267985 . Ame akan cuba sedaya-upaya ame untuk menjawab segala pertanyaan berkaitan dengan pertandingan futsal ini .

Battle of the Bands Santai Karnival 2013

Mungkin ada diantara anda yang tidak tahu bermain futsal , jangan risau tuan-tuan , puan-puan . Kami ada juga menganjurkan Battle of the Bands pada hari berkenaan . Battle of the Bands ini adalah lebih kepada utnuk mencari bakal-bakal terpendam dan baru di kalangan belia kita . Ada diantara kita yang punyai bakat dan kemahiran , tapi tiada tempat untuk salurkan bakat berkenaan . Ha , tunggu apa lagi ? Inilah peluang anda .

Dengan yuran pendaftaran hanya RM 100.00 , anda dan band anda bakal dikenali dengan menyertai pertandingan ini . Segala peralatan dan kemudahan ketika pertandingan akan disediakan oleh pihak kami dan itu adalah diatas penajaan . Jadi tidak perlulah anda bersusah payah usung dram , gitar dan sebagai ke Dataran Petaling Jaya itu nanti . 

Kepada siapa yang berminat untuk mempertaruhkan kehebatan band anda dengan menyertai pertandingan ini , tunggu apa lagi , hubungi terus ame di talian 017 3267985 dan sedaya-upaya ame akan membantu anda dalam proses pendaftaran dan segala pertanyaan berkaitan dengan battle of the bands ini .

Jadi tunggu apa lagi tuan-tuan dan puan-puan , marilah kita memeriahkan hujung minggu kita dengan berkunjung ke Santai Karnival 2013 pada 15 dan 16 Jun ! Sekat tarikh itu siap-siap untuk menghadirkan diri dan sama-sama memeriahkan karnival anjuran J'Ideas Management ini . Kehadiran para pengunjung kami harapkan dapat menjadi pendorong dan semangat kepada kami dalam menguruskan pelbagai majlis dimasa akan datang . 

Sekali lagi , untuk sebarang pertanyaan samada mengenai pertandingan futsal dan battle of the bands anda boleh hubungi ame di talian 017 3267985 ataupun diera di talian 013 5566667 . Ohh jika ada yang berminat untuk menyewa tapak-tapak jualan dengan harga yang berpatutan sepanjang Santai Karnival ini boleh lah hubungi terus shah di talian 017 6894091 . 

Penyertaan anda , amatlah kami hargai . Ewahh . 




3 Responses so far.

  1. follow me http://nukilancintapurple.blogspot.com/

  2. Anonymous says:

    This piece of writing is genuinely a nice one it assists new the web people, who are wishing in favor of blogging.


    Here is my site book of ra online spielen ohne anmeldung (sugoitv.com)