ShoutMix chat widget
Hide your ShoutBox

Kerana Semangkuk Tom Yam

Posted by Amir Aidid - -

Setibanya aku di Puncak Alam , aku terus pulang ke rumah tanpa singgah dimana-mana untuk makan walaupun perut aku ketika itu berbunyi teruk . Lapar bukan main , maklumlah jam 6 pagi bergerak dari Melaka tanpa makan apa-apa . Singgah di Hentian Rehat Seremban untuk makan pun tak habis , err sebab tak sedap . 

Aku kemas bilik yang empat hari aku tinggal , cadar dan sarung bantal aku tukarkan dengan yang baru . Selesai kemas , baru puas hati aku . Aku tertidur kepenatan . 

Sayup kedengaran azan Zohor , aku bangun , mandi dan terus menunaikan tanggungjawab aku . Selesai , perut aku kembali berbunyi . Maklum di rumah Mama belum sempat lapar , dah diisi dengan makanan . Disini , makanan kena dicari , tidak dihidangkan di meja seperti di rumah . HAHA . 

Aku pun bersiap , dan terus bergerak ke salah satu restoran kegemaran aku . Restoran yang menghidangkan tom yam yang sehingga menjilat mangkuk lah . LOL . Aku perhatikan orang ramai , meja hampir penuh , maklumlah hari cuti , mesti ramai surirumah malas nak masak dan makan diluar saja . Aku memilih meja bersebelah dengan dinding berhampiran dengan TV . Pelayan menghampiri aku .

"Makan apa dik ?"

"Abang , saya nak Tom Yam Campur , Telur Dadar , Kailan Ikan Masin dan Nasi Putih ya , ohh nasi lebih . Air pula , saya nak Teh O Ais Limau . Itu je" , kata aku sambil tersenyum kelaparan .

Sementara menunggu hidangan sampai , butang BlackBerry tua aku rancak aku picit ber-tweet dengan kawan-kawan . Tiba-tiba aku terperasan pelayan menghantar pesanan meja hadapan aku . Lima pinggan Nasi Putih dan semangkuk Tom Yam Campur . Aku perhatikan meja tersebut ada sepasang suami isteri dan dua orang anak mereka . Hati kecil aku berkata , "amboi makcik nih cuti cuti malas masak ya"

Selepas pelayan itu beredar , aku berfikir pelayan tersebut akan menghantar lauk-pauk lain untuk keluarga di meja hadapan aku , namun sangkaan aku meleset . Itu sahaja lah yang terdapat di atas meja mereka . Semangkuk Tom Yam Campur dan Nasi Putih . Keempat-empat mereka mula menadah tangan dan mula berdoa . 

"Terima kasih ya Tuhan diatas segala rezeki yang Engkau telah kurniakan kepada kami untuk hari ini . Sesungguhnya kami makan untuk hidup , bukan hidup untuk makan" . Dan disusuli dengan doa makan . 

Aku tersentak . Sejurus itu pelayan meletakkan Nasi Putih , Tom Yam Campur , Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar yang aku pesan tadi di meja aku . Untuk aku seorang makan . Sedangkan meja hadapan aku semangkuk Tom Yam dikongsi empat orang . Mata aku masih lagi memerhati meja hadapan , Tom Yam semangkuk itulah mereka kongsikan berempat . Hati aku sayu . Perut yang tadinya lapar menjadi kenyang . 

Aku terus memerhati keluarga tersebut . Anak yang paling kecil sedang selera makan , tiba nasinya di pinggan habis , si ibu lantas mengangkat pinggannya dan menghulurkan nasinya kepada si anak . Ibu tak kenyang tak apa , janji anak kecilnya kenyang . Sayu , air mata aku menggalir . Bayangkan betapa susahnya aku menahan sebak di restoran tersebut . Aku bangun dan meminta pelayan tersebut membungkus lauk-pauk aku , niat aku nak makan di rumah .

"Abang , nampak tak keluarga yang duduk di meja 12 itu ? Boleh tak abang hantar apa-apa lauk sayur , Telur Dadar . Ohh ya , tambah lagi semangkuk Tom Yam Campur . Saya bayar ya untuk yang itu" . Pelayan tersebut terpingga-pingga . Aku cakap buat saja lah . :")


Aku melangkah keluar daripada restoran tersebut dengan perasaan gembira berbaur sedih . Lantas aku mendail nombor telefon Mama . Sambil menangis , aku ucap terima kasih kepada Mama kerana telah membesarkan aku dan banyak berkorban untuk aku . Mama balas , "Kau kenapa dik ? Buang terbiat ?" . LOL . Mama mama . 

Aku duduk senyap di dalam kereta . Aku termenung . Aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini . Aku patut berhenti merunggut dan terima apa saja . Kerana hari ini aku sedar , diluar sana ramai lagi orang yang berusaha untuk hidup dan peroleh apa yang mereka mahu . Tapi kenapa kita yang sudah peroleh sesuatu itu , kenapa tidak kita bersyukur ? Tepuk dada tanya selera . 

Kebanyakkan anak muda pada hari ini , sukar mensyukuri apa yang mereka ada . Kerana apa , kerana mereka miliki tanpa perlu berusaha keras . Petik saja jari , haa ada di depan mata . Seperti di restoran tadi , keluarga di meja hadapan aku berkongsi lauk , sedangkan di meja lain , lauk tak luak pun dah ditinggalkan . Macam mana tu ? Hrmm . 

Dan kerana semangkuk Tom Yam , aku sedar akan sesuatu dan belajar untuk bersyukur . 




4 Responses so far.

  1. terbaekkk!!

    p/s : sebak jgk baca entri ni..jeunh tahan air mata..mulianya hati awk..moga Allah merahmati hidup awk ye :)

  2. Anonymous says:

    bro, boleh dapatkan fb halipah tu tak ? sy kawan dia
    reply dkt email ni please : danial2986@yahoo.com

  3. Anonymous says:

    bro , boleh sy dapatkan fb cik halipah tu tak .
    sy kawan dia
    dah lama cari fb dia tp tak jumpa
    reply dekat email ni please .
    danial2986@yahoo.com