ShoutMix chat widget
Hide your ShoutBox

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Posted by Amir Aidid - -

Salam 1Malaysia .

Perhatian kepada para siswa dan siswa di Malaysia , saya perkenalkan kepada anda Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ! Apa yang anda tahu mengenai kad ini ? Nothing ? OK biar saya ceritakan serba sedikit ya .


1. Kad ini diwujudkan adalah untuk membantu mengurangkan kos dan sara hidup pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam mahupun swasta di seluruh Malaysia. Dah nama pun kad diskaun kan -_-"


2. Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

Senarai syarikat yang mengambil bahagian :


dan banyak lagi yang tidak perlu rasanya saya senaraikan disini . Terlalu banyak . LOL ! 

penulis bersama Kad Diskaun Siswa 1Malaysia beliau . LOL !


3. Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.


4. Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KADS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing.KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang / gantian.


Harapan saya , dengan adanya Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ini kos sara hidup pelajar di universiti dapat dikurangkan dan juga para pelajar itu sendiri tidak menyalahgunakan kad ini di masa akan datang . 


Saya , yang juga seorang pelajar , benar benar menghargai usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban kami semua selaku pewaris tampuk pemerintahan kerajaan di masa depan .

p/s : Selamat berhujung minggu siswa siswi sekalian ! 




8 Responses so far.

  1. haney says:

    sy x dpt sbb tempoh pngajian x lbh 1thn lg. penat je beratur pnjg hahaaha

  2. CD says:

    tak adil.. nak gak kad yang besar.. hahaha..

  3. Anonymous says:

    kad ilang report mne bang??

  4. Unknown says:

    nak buat apa besar2 tu ? kongsi sikit :p