ShoutMix chat widget
Hide your ShoutBox

McD Puncak Alam dirompak !

Posted by Amir Aidid - -

Hi .

Pagi 1 Julai 2012 , sedang seronok bertweet sebentar tadi , tiba tiba perhatian saya tertumpu dengan satu tweet daripada rakan tweet , @heybya , mengatakan :

"McDonald Puncak Alam kena rompak. Kena acu dengan parang. First time kena ugut bunuh!!!!!!!"

Pada mulanya , sukar untuk saya percaya tweet tersebut sehingga lah beberapa tweet dan gambar kejadian menyusul , oleh mangsa mangsa lain yang juga para pelajar UiTM Puncak Alam . Kebetulan sedang minggu peperiksaan , ramai di antara mereka memilih McDonalds sebagai tempat mentelaah pelajaran .

Gambar daripada Twitter account , @_umair_ 

Dipercayai perompak datang dengan menaiki sebuah kereta buatan Malaysia *kemain buatan Malaysia ye tak* , Satria berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WHU 3832 . Mereka berlima dikatakan memakai topi keledar ketika melakukan rompakan , dan menurut saksi daripada cara percakapan dan gertak mereka , sepertinya mereka adalah orang Melayu

Gambar daripada Twitter account , @_umair_ 

Menurut saksi kejadian iaitu mereka yang berada disana , perompak sempat membawa lari mesin kira kira , dan juga beberapa buah komputer riba milik para pelajar yang sedang sibuk mentelaah pelajaran disana . Dengan bersenjatakan parang , mereka begitu tekad merompak McDonalds yang penuh dengan para pelajar .

Dan menurut teman serumah saya , ini bukan kali pertama McDonalds Puncak Alam ini dirompak , sebelum ini pernah terjadi kes rompakan tapi tidak seteruk kali ini . Selamatkah kawasan tempat tinggal kita hari ini ? 

Gambar daripada Twitter account , @_umair_ 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan , kesemua mereka yang berada disana selamat . Dengar khabar nya , dua daripada pelajar perempuan masih trauma dengan apa yang berlaku , mana tidak nya kalau parang panjang itu diacukan di depan muka mereka . Kan ? 

Untuk cerita mahupun tweet mengenai kejadian rompakan McDonalds Puncak Alam boleh lah anda ke Twitter account @_umair_ dan juga @heybya

p/s : Biar barangan tergadai kerana ianya boleh dicari ganti , andai nyawa tergadai mana nak cari ganti hoi . 




16 Responses so far.

  1. Unknown says:

    mungkin pasnie macdonal kena pasang pak cik guard

  2. Dura says:

    seram sejuk bace.. walaupun tak study at ctu...

  3. wénkt says:

    Nyawa itu penting, tapi barangan pun penting. Takutnyaaa

  4. wénkt says:

    Semoga penjenayah segera diberkas. InsyaAllah polis boleh jejak via cctv

  5. Nur Aliaa says:

    serious scary.. dlu selalu je lepak mcD tu..

  6. huishh..sungguh la bahaye..lptop student pon kena jugakkk ..uuu

  7. diya says:

    Mcd pun tak selamat. ingatkan duduk kedai mamak je tak selamat. selama ni kalau sy duduk makan kat mcd sek 3 shah alam, terasa selamat je duduk sbb ramai student & families. rupa2nya, kawasan mcd pun boleh jd tak selamat. ramai org pun berani dorang rompak. dunia, dunia...

  8. Anonymous says:

    ish3..kakak gua ex student kt uitm puncak alam gak..lepas ni kena hired pakguard pakai senapang gajah la ni gamaknye~

  9. Anonymous says:

    Balai polis patut didirikan berdekatan McD puncak alam untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang. Sekian.

  10. Anonymous says:

    bahaye sungguh sekarang.
    kat mane2 pun tak selamat.
    baru2 ni kereta ayah sy dicuri, park betul2 depan rumah.
    ape nak jadi dgn dunia sekarang.

    (=

  11. Anonymous says:

    hishamuddin berkata jenaya adalah amat rendah. ini tak mungkin...

  12. Anonymous says:

    Bukan apa nak jadi dengan dunia ni...apa nak jadi dengan Malaysia ni??? Pondok Polis adala....balai polis adala...adala...kalau la polis sentiasa meronda dengan stun gun ke senapang gajah ke perkara ni x berlaku...Mereka tu bukan perompak pro...perompak bacul dan dayus adala...langgar dan tembak mampus je hukumnya...dah kena dadah dah mabuk berani la...satu hari dia kena buku dengan ruas buloh baru tau...tiba2 tergantung kat tiang lampu, atau merangkak kat atas jalanraya...masa tu kencing dia orang pun dah kering...Kita semua ada tanggungjawab...ada org yang dibayar gaji untuk menjaga keselamatan kita...tapi selamat ke kita...negara menghampiri dunia maju, tapi makin ramai yang dah lupa soal2 tamadun hidup. Kalau tidak bertamadun boleh maju ke???

  13. Anonymous says:

    normal manusia..dah terhantuk baru nak terngadah...bila perkara cmni berlaku..orang lain yang dipersalahkan, polis xbuat keje laa, itu laa, ini laa..napa xnak salahkan diri sendiri yang tak tau nak menjaga diri tu..?? peluang ada bnyk..bwk2 laa pegi belajar apa2 ilmu mempertahankan diri sementara masih diberi kesempatan, jgn cite senapang gajah ke hapa, perompak tu pun datang pakai parang je pun..menjaga diri sendiri itukan wajib keatas setiap umat..hmm..cakap bnyk pun xguna, kalau diri sendiri taknak berubah, harapkan org jer..hmmmmmm....

  14. Anonymous says:

    sian kat student.. nak reseacrch guna laptop.. simpan data2 blajar.. File Final Year Project plak dlm laptop.. xdak back-up copy.. pergh.. kena sebat plak ngan penyamun..

  15. Anonymous says:

    Wat rugi uitm wat kampus besar2 kt puncak alam..pg wat asignment kt mcd..hmm..perompak tu mmg bersalah..yg dirompak..learn from the lesson..