Hi .
Pada 24 Jun 2012 yang lepas , saya dan beberapa orang rakan telah menghadiri satu majlis perkahwinan salah seorang rakan kami . Majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) .
Dengan menaiki kereta Ahmad Faris Syazwan , kami berempat bergerak menuju dewan tersebut tepat jam 12 tengah hari . Pada sangkaan kami , kami telah terlewat apabila sampai disana , rupanya kami merupakan tetamu yang terawal hadir .
Dewan masih lengang , walaupun jam sudah hampir 1 petang
Tanpa berlengah lagi , kami mengambil tempat , meja yang agak hampir dengan pelamin dan meja makan pengantin , mudah untuk kami mengambil gambar kemudian . Jam menunjukkan 1 petang , ketika itulah begitu ramai tetamu memasuki dewan , berduyun duyun . :|
Makan ! Nasi Minyak , Nasi Putih dan pelbagai jenis lauk pauk dihidangkan kepada kami ! Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedapnya segala hidangan pada hari tersebut . Mulut kami terkunci rapat ketika menikmati Nasi Minyak masing masing . Tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut kami , masing masing menikmatinya dengan penuh nikmat . Eh !
Pengantin hilang pergi bergambar dengan sanak saudara , kami naik pelamin pula . Ha !
Selesai melantak menikmati Nasi Minyak , kami mula lah tergedik gedik dengan pengantin untuk bergambar . Oleh kerana pengantin mengutamakan sanak saudara terlebih dahulu untuk bergambar , kami melarikan diri ke atas pelamin dan duduk disitu . Ketika itu , kebanyakan tetamu yang hadir bermuka pelik dan apakah . Kesah pula kami kan . :|
Dah kenyang , kami menuju ke Alamanda , Putrajaya pula untuk menonton Abraham Lincoln , The Vampire Hunter . Saya katakan disini , ianya benar benar berbaloi untuk menonton cerita yang seperti ini . Tidak perlu saya cerita kan dengan lebih lanjut mengenai cerita ini , anda boleh menonton sendiri di panggung wayang berhampiran anda . Ha !
Keseluruhannya , saya beri 4.5 daripada 5 bintang ! Kalau ada diantara kamu yang ajak saya teman untuk menonton cerita ini , eh saya sanggup okayy ! Percayalah , cerita ini ada elemen urut dada , maksud saya elemen terkejut terkejut banyak :| Bayangkan vampire hilang sekelip mata , tiba tiba menjerit depan mata anda . Ha !
Okayy , nak selitkan disini apa yang saya pakai pada hari berkenaan . Tidak perlu lah saya tuliskan t-shirt saya daripada mana , seluar saya jenama apa , kasut saya beli dimana ya . HAHA . Saja ingin kongsikan kepada anda apa yang saya pakai . ;)
Ha ! Color blocking uols !
Bertemu kita di entry akan datang ! Jaga diri dan selamat berhujung minggu semua !
p/s : Sorry for the long post , kesah ? LOL .
cis, belum sempat tgok filem ni lagi..
Eyriqazz VS Denaihati
baca tajuk ingatkan pergi wedding si abraham lincoln...kakaka...
btw. selamat berkenalan. :)