Tahukah anda saya masih di sini ?
Masih mahu berblog , masih mahu menaip entry , masih mahu membaca entry .
Tapi , manusia biasa seperti saya tidak dapat mengelak daripada sejenis penyakit yang dipanggil malas ! Malas merupakan penyakit yang boleh dikatakan sudah sebati dengan manusia sejak berzaman zaman lagi . Baik yang tua mahupun yang muda , kita semua berpotensi untuk dijangkiti penyakit malas ini .
Bukan tidak mahu update blog kesayangan ini , cuma penyakit malas mengatasi segalanya . Bila dah malas , apa pun tak boleh . Kann ? Haha .
menongkat dahu merupakan ciri ciri orang yang dijangkiti penyakit malas
Sehingga ke hari ini , penawar bagi penyakit ini masih belum ditemui . Maka hanyut lah mereka yang melayan penyakit malas ini . Kelak merana diri . LOL .
Harapnya saya dapat tangani penyakit malas ini , agar ianya tidak memudaratkan diri saya kelak . Seboleh bolehnya , saya akan usahakan untuk memberikan , menyajikan kepada anda , satu hari satu entry . :)
Sekian terima kasih .
Semangat berblog dah tak macam dulu dah kan? Sekarang lagi seronok update twitter je ;)
malas pun ada ubatnya, rajin bro, tapi pandai2 lah usaha,haha
saya rasa saya pun ada penyakit ni. nnt dah jumpa penawar sila2 lah share ok :P
mudah-mudahan cepat sembuh . lalala :'p
masa baca entri nie sy pun menongkat dagu..cepat2 alihkan tangan :P
Selamat kembali ! :D
satu hari satu entry ?? noiceeee