ShoutMix chat widget
Hide your ShoutBox

We Went To Port Dickson !

Posted by Amir Aidid - -

dari tajuk anda tahu apa yang ingin saya ceritakan hari ini , direct title ! tak reti saya nak bermain dengan SEO bagai . haha . yes , we went to Port Dickson ! dipping and sun-burning our skin . :) that so called 3 days and 2 nights holiday benar benar menenangkan minda saya . 

HARI 1 ! 

sesampainya kami disana , kami terus check-in di Hotel yang sudah dibooking sejak awal awal lagi . maklum lah cuti sekolah , kalau tidak booking awal , confirm penuh semua bilik hotel . lupa pula apa nama hotel tersebut . :\ apa yang ada dalam kepala saya pada ketika itu , tidak sabar untuk saya merebahkan tubuh penat ini di atas katil empuk ! ha !


selepas check-in , kami mengambil keputusan untuk berjalan jalan di tepi pantai . wahh indah sungguh suasana pantai pada petang tersebut . sangat meriah , masih ramai orang bermain main di tepi pantai , mahupun berenang . 

dihari pertama , kami mengambil keputusan untuk tidak berenang , maklum lah masih penat . perjalanan dari Puncak Alam ke Port Dickson benar benar memenatkan , ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas . :\ walaupun bukan saya yang memandu , kepenatannya turut saya rasai . 

HARI 2 ! 

pagi itu , kami bersarapan Roti Canai ! yummehh . saya tidak tahu kenapa , tapi Roti Canai adalah sarapan yang sangat menyelerakan . :\ kalau boleh tiap tiap pagi nak bersarapan Roti Canai . haha . adalah dua , tiga keping juga saya makan pagi itu .


haa , walaupun saya tidak punyai rupa yang helok seperti blogger blogger lelaki yang lain , saya tetap nak pamerkan gambar saya di setiap entry . haha ! sesudah sarapan , kami bersiap untuk berenang ! gituhhh . padahal bukan nya reti berenang sangat . HAHA .


meet , Aneff Marhfiz . the author/owner of kucings.blogspot.com ! haa , dimana saya ada disitulah ada dia and vice verse . tidak hairan lah some people panggil kami Twin . :| agak membosankan kalau bercuti seorang , sebagaimana yang anda tahu saya anak tunggal , itulah sebabnya saya ajak Aneff bersama ! ;)


puas berenang , malam itu kami mengambil keputusan untuk berjalan di pantai lagi . agak mengejutkan apabila terdapat begitu ramai orang walaupun pada malam hari . :O yang dengan keluarga lain , yang dengan pasangan lain , yang dengan anak anak kecil lain . 

angin pantai , sungguh nyaman . :) malam itu juga , kami berdua kebulur dan bertemu dengan kedai Pau . harus saya cakap kan disini , Homemade Pau Uncle tersebut sangat sedap ! pelbagai inti ada , BBQ Chicken , Sardine , Black Pepper Beef and Chicken Curry . semua nya sedap ! :O 

HARI 3 !

hari terakhir kami disini , dan kami habiskan masa di katil dan juga mengemas barangan kami yang bersepah di bilik . lebih lebih lagi pakaian kami . yang tersangkut di bilik lain , yang tersangkut di bilik air lain . mengalahkan model yang sedang shot Berenang Untuk Kesihatan untuk Majalah Mangga . eh ! 

selesai berkemas , kami pun check-out . dari Port Dickson ke Melaka cuma mengambil masa lebih kurang satu jam setengah , kalau ikut jalan kampung . and yes , kami ikut jalan kampung . tenang dan begitu menarik reka bentuk rumah di tepi pantai sepanjang perjalanan pulang kami .


Port Dickson merupakan satu tempat percutian yang agak menarik ya tuan tuan dan puan puan . tidak perlu pergi jauh jauh or melancong ke negara orang , sedangkan di negara kita , Malaysia sudah tersedia semua itu . :) 

sampai disini sajalah cerita saya kali ini . semoga kita bertemu lagi dalam entry yang seterusnya . :)




4 Responses so far.

  1. wanabee says:

    hehee....terasa mcm baca karangan masa sekolah pulak..
    senang nak faham...hohoho

    baguih2 ...
    suka pulak nengok org pi bercuti ...
    hohoho :D

  2. malam-malam lepak pantai boleh makan steambot. best!