hello semua ! :)
sebelum itu , saya ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Yusry dan juga Lisa Surihani kerana sudah pun bergelar suami dan isteri yang sah . semoga pernikahan antara kamu berdua kelak hingga ke anak cucu ya . amin .
gambar dari rotikaya.com
Majlis Pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya dengan penuh kesederhanaan pada jam 9 malam tadi . bertemakan Winter Garden , Lisa Surihani sah bergelar isteri kepada Yusry dengan sekali lafaz sahaja .
gambar dari beautifulnara.com
pasangan pengantin Yusry dan Lisa Surihani diijabkabulkan oleh abang Lisa Surihani sendiri , Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang , Halim Mat Isa .
gambar dari beautifulnara.com
Mas Kahwin yang diberikan oleh Yusry kepada Lisa Surihani adalah seutas rantai platinum . :) tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada kedua dua Yusry dan juga Lisa Surihani .
kami sebagai peminat disini , mendoakan agar kamu berdua sentiasa bahagia dan gembira menjadi hidup berumahtangga ini . dan semoga kekal hinggu ke anak cucu ya . amin .
alhamdulillah buat mereka..
ya.. semoga bahagia dunia akhirat.